Home | Pengetua | Sejarah Sekolah | Profil | Objektif | Piagam | Carta Organisasi | Pengurusan | HEM | KOKO | Pakej Mata Pelajaran | Kemudahan | Logo | Lagu | Lokasi | Akademik | Peperiksaan | PSS | Kaunseling | Perkembangan Staf | Brosur | Galeri Foto

Perutusan Pengetua   

 ' BERILMU  BERBAKTI '                                                                                                        Cemerlang  2015 

Home
Pengetua
Sejarah Sekolah
Profil
Objektif
Piagam
Carta Organisasi
Pengurusan
HEM
KOKO
Pakej Mata Pelajaran
Kemudahan
Logo
Lagu
Lokasi
Akademik
Peperiksaan
PSS
Kaunseling
Perkembangan Staf
Brosur
Galeri Foto

 

 

SMK Seri Manjung,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.

Tel:056881372
Fax:056887133

 
free website hit counters
free web hit counter

 

PENGETUA
SMK SERI MANJUNG

PN. HAJAH FAUZIA BINTI MOKHTAR

 

Text Box: PENGETUA
SMK SERI MANJUNG
PN. HAJAH FAUZIA BINTI MOKHTAR
 

 

   

   

 

   Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera.

     Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya pembangunan Laman Web SMK Seri Manjung dapat dilaksanakan dan diteruskan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan AJK Laman Web yang berjaya menghasilkan Laman Web ini. Usaha membangunkan laman web ini merupakan satu alternatif bijak dan inisiatif pihak sekolah membentuk warga berilmu.

    Dalam era globalisasi ini, dunia pendidikan turut mengalami perubahan pesat seiring dengan visi dan matlamat negara untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai aspirasi ini, kita perlu merentasi "Dunia Tanpa Sempadan". Justeru era pendidikan ICT memberi kita banyak peluang meneroka ilmu bermaklumat, rebutlah peluang ini.

    Warga sekolah perlu melakukan anjakan pemikiran dan menjana kesungguhan untuk menghadapi perubahan. Pelajar harus menguasai kemahiran yang bersesuaian dalam tuntutan teknologi maklumat supaya boleh bersaing menghadapi cabaran masa hadapan, justeru menjadi pemangkin ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang maju. Oleh itu, pembangunan laman web ini boleh memainkan peranan sebagai satu lagi sumber maklumat dan platform untuk dimanfaatkan oleh warga sekolah menerusi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

    Saya berharap sistem pendidikan di sekolah ini dapat melahirkan pelajar yang bijak pemikirannya, cemerlang sahsiahnya dan tinggi akal budinya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SMK Seri Manjung. Kecemerlangan anda merupakan kebanggaan sekolah.

Sekian, terima kasih.

 

 

 Back to Top


Copyright © SMK SERI MANJUNG