|
|
|
|
| free web hit counter |



|
Sejarah Sekolah SMK Seri Manjung Kawasan sekolah seluas 20 ekar ini dahulunya merupakan sebahagian daripada Ladang Suffolk. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama daerah Manjung. Pada 5 Januari 1986, sekolah ini telah mula berfungsi sebagai satu institusi pendidikan dengan tenaga pengajar seramai 10 orang dan 160 pelajar. Bangunan sekolah telah sempurna dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin ibni Sultan Muhibuddin Shah pada 8 Zulkaedah 1409 bersamaan 12 Jun 1989. Kebanyakkan pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung dan Sekolah Kebangsaan Dato' Seri Kamaruddin. Sebahagian besar pelajar tinggal di kawasan Bandar Seri Manjung, manakala sebilangan kecil yang lain tinggal di Kampung Dato' Seri Kamaruddin, Kampung Sematang dan Kampung Teluk Pencalang. Buat permulaannya 3 bilik darjah dalam satu bangunan setingkat telah dibina untuk kegunaan sementara. Bangunan setingkat ini terletak dibelakang kantin sekolah dan siap dibina pada tahun 1997. |
Sehingga
tahun 2005 seramai 7 orang pengetua telah berkhidmat di SMK Seri Manjung
iaitu:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (P.I.B.G) sekolah ini telah ditubuhkan buat julung kalinya pada 2 April 1987. Sehingga sekarang seramai 6 orang Yang Dipertua PIBG telah mencurahkan baktinya kepada anak didik SMK Seri Manjung.
Pembangunan dan pertambahan penduduk di Bandar baru Seri Manjung telah menyebabkan SMK Seri Manjung turut mengalami perubahan dari segi bilangan guru dan pelajarnya. Bilangan guru telah bertambah daripada 10 orang pada tahun 1986 kepada 90 orang pada tahun 2005. Sementara bilangan pelajar pula bertambah daripada 160 orang kepada 1675 orang pada tahun 2005.
|
|